Pages

Monday, June 18, 2012

Self parking, ciri terbaru kereta skarang!!!

Dah setahun lebih aku tak berblog, mungkin aku rase dalam masa setahun tu takde ape yang aru rase menarik, semuanya biase-biase je. So bebalik pada title kt ataih tu, kepada peminat-peminat kereta mesti teruja degan ciri terbaru kereta sekarang nih. Kalau dulu kereta yg ade ciri-ciri macam ABS, EBD, VSC ni dah kira hebat la. Tapi sekarang ni hampir semua kereta ada ciri-ciri ni, even kereta nasional kita pun ade. Ciri baru yang aku maksudkan ni ialah Parallel Self Parking atau dalam bahasa pasar- pembantu peletak kereta selari- betul ke ni aku translate. Maksud die kereta ni akan tolong kita parking kat kawasan parking selari. Tak payah pening kepala, 100% kereta ni parking kan untuk kita. Part parking selari ni biasanye mencabar sikit kan, nak2 bila time nak parking tu ade kereta kat belakang duk menunggu pastu hon2. Kereta yang ada ciri ni ialah Ford Focus 2012, kat Malaysia baru je nak launch, mybe bulan depan kot. Korang tengok la sendiri video ni kalau tak percaya


cube la korg check web Ford Malaysia untuk maklumat lanjut



Tuesday, May 17, 2011

Ron 95 Bakal Naik Bulan Depan




Haa. Baru je aku nak buat entri pasal Ron 95 bakal naik, tup2 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi tau harga Ron 95 akan disemak bulan depan sama ada naik atau tidak. Tapi yang pasti Ron 95 memang tetap naik sebab belum pernah dalam sejarah kerajaan nak semak harga untuk turunkan harga petrol walaupun bila harga semasa minyak turun. Betul tak?


Kalu korang perasan dalam surat khabar semalam TPM, Tan Sri Muhyiddin Yasin bagitau jumlah subsidi tahun ni meningkat sekali ganda dari 10.30 billion kepada 20.58 bepunca dari kenaikan harga minyk dunia. Harga Ron 97 pun dah 5 kali naik berturut-turut sejak Disember 2010. So takkan la harga Ron 95 nak duduk kat paras tu je kan.Tepuk dada tanya la poket kita yang selalu kering tu, sampai bila nak macam ni?

Nampaknya mungkin segmen kereta elektrik dan hybrid bakal mendapat tempat dalam industri automotif dunia sebagai alternatif kepada petrol yang semakin habis dikikis dari perut bumi kita ini. Tu sebab dalam belanjawan baru2 ni kerajaan mansuhkan duti import untuk kereta hybrid, tujuanya supaya kita sedar sebelum terlambat.Aku sarankan siapa nak beli kereta tu fikir la baik-baik.Subsidi tu hanya bersifat sementara bukannya sampai bila-bila.

Monday, May 16, 2011

Kereta Sultan Johor Yang Paling Aku Minat !!!









First time aku tengok kereta Ford Supertruck F650 ni, terbeliak biji mata. Ape taknye, saiz kereta ni nampak macam tak masuk akal. Besar sangat!! memang puas hati la kalau dapat kereta macam ni boleh redah macam tu je.
Enjin C7

Kalau orang nak tau, enjin kereta ni bukanya enjin sembarangan. Aku boleh jamin memang tak ade kereta kat atas jalan raya Malaysia ni yang guna enjin macam kereta ni. Kereta ni menggunakan enjin diesel Caterpillar 7.2 L, 7200 cc. Enjin ni biasa pasang kat Bulldozer untuk guna kat kawasan pembalakan. Bagi sesiapa yang tak pernah tengok atau pun tak pernah tahu kereta ni, harap dapat enjoy gambar yang ada ni. Kereta ni memang jarang keluar dari istana. Ingatkan waktu banjir aritu Tuanku nak melawat guna kereta ni, sekali dia guna Humvee la plak, melepas peluang nak tengok live, huhu.

Wednesday, May 11, 2011

Hati-Hati Dengan Anti-Spyware Penipu!!!





Tahniah kepada sesiapa yang dapat baca entri ni dulu sebelum got infected dengan antispyware penipu. Selama aku hidup, ni la first time aku kena dengan antispyware penipu ni.

 Kisah die lepas aku abis je buat publish entri pasal hari ibu, so tinggal la laptop kejap pi makan. Abis je makan ingat nak check stats, tiba2 ade plak antispyware MS Removal Tool tengah scan laptop aku, entah dari mene muncul pun aku tak tahu. Antispyware ni bagitau laptop aku dah kene macam2 jenis infection, segala jenis virus yang ade dalam zaman moden ni. Lepas tu, tak berhenti2 la keluar warning notification kat bucu kanan skrin bagitau "your computer got infected, please activate your antivirus".

Macam ni la rupa rogue anti-spyware yang gile penipu tu !!!
Paling jahat sekali, antispyware penipu ni block semua program korang, nak run antivirus pun tak dapat, nak online pun tak dapat. Die control habis semua system korang. Untuk sattle kan semua masalah ni, antispyware penipu ni paksa pulak kite beli software MS Removal Tool yang tengah run kt laptop guna kad kredit. Kalau Seringgit dua boleh la, ni sampai USD 59.90!!

 Dah la antispyware ni penipu, lepas tu dia paksa pulak kite beli..memang jahat. Nasib la kat rumah aku ade laptop lain, aku Google baru la tau MS Removal Tool ni salah satu jenis 'rogue anti-spyware'. Keje rogue anti-spyware ni ialah menyelinap masuk melalui Malware & run system tanpa kebenaran. Bila dah run nanti die bagitau la yang pc kita ni dah kena virus, tapi semuanya palsu belaka. Rogue anti-spyware ni sje baut kita panik dan paksa kita beli software penipu untuk selesaikan masalah.

Kepada yang dah kena tu jangan cepat gelabah macam aku, hehe. Korang boleh refer kat>> link<< ni untuk remove secara manual, kalu ade duit skit bleh la beli software macam stopZilla. Ape pun aku nasihatkan korang print sedia kaedah untuk remove rogue anti-spyware ni sebelum terlambat. Penting ni beb!!! 

Tuesday, May 10, 2011

Susu Terakhir Buat Si Kecil

Salam. Masih tak terlambat untuk aku ucapkan Selmat Hari Ibu untuk semua ibu2 di dunia ni, especially ibu ku sendiri. Kasih ibu ni memang tak terbalas, nilai kasih ibu ni besar sangat. Allah s.w.t telah menganugerahkan kuasa istimewa buat golongan bergelar IBU.

Awal subuh tadi isteriku cerita satu kisah tentang betapa besar kasih insan bergelar Ibu ni, bak kata pepatah 'Kasih ibu memawa ke syurga'. Bila dengar kisah ni, rase sebak sangat dada ni. Hebatnya Ibu ni, inilah kisah nya...

"Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".

Masih lagi terasa sebak dada aku ni......

Friday, May 6, 2011

Pendapatan Pertamaku dengan Nuffnang




Bukan nak show off tapi sje je nak share dengan korang kegembiraan yang aku rase bila gerakkan cursor kat ikon earning dalam akaun Nuffnang yang selalunya telur ayam je tiba-tiba kali ni ade duit plak, aku baru je start berblogging ni bulan lepas. Mula2 macam malas tapi bila dah post satu entri, rasa macam tak puas, nak lagi post entri baru. Seronok rupanya blogging ni kan
RM 0.25 je baru..hehe

Monday, May 2, 2011

Ape kaitan 8 jam, 1 Mei & Hari Pekerja???




Flyer Haymarket Square
Sempena hari pekerja ni, aku nk share sikit info dengan korang, dari mana`datangnye masa berkerja 8 jam?. Lahir2 je kite tau kalu mase bekerja standard tu 8 jam. Siapa yang mintak masa bekerja 8 jam ni??. Sebenarnya 125 tahun lepas, masa berkerja x de limit. Masuk kerja awal pagi sampai lewat malam baru balik kerja. So perusahaan pada zaman tu langsung tak memikirkan kebajikan pekerja dieorg, tau buat untung je ( zaman sekarang pun lebih kurang gak!!).

Kisahnye bermula pada Oktober 1884 dimana Federal of Organized Trades and Labor Unions telah mengadakan satu konvensyen dengan menetapkan bermula pada 1 Mei 1886, masa berkerja standard adalah 8 jam. Demonstrasi dan perarakan bakal dijalankan ke seluruh Amerika demi menuntut masa berkerja 8 jam.

Pada 1 Mei 1886, dianggarken 40 000 ribu pekerja melakukan demonstrasi dengan berarak di Haymarket Square, Chicago sambil melauangkan slogan “Eight hours for work, eight hours for rest, eight hours for what we will” bertujuan mengurangkan masa berkerja kepada 8 jam sehari.

Namun pada 4 Mei 1886, demonstrasi bertukar kepada rusuhan apabila pihak berkuasa cuba meleraikan demonstarasi tersebut. Pada masa yang sama puak anarki melemparkan bom kepada pihak polis meyebabkan 8 orang polis dan 3 orang awam terbunuh, 50 yang lain turut tercedera dalam kekecohan rusuhan tersebut. Seramai 31 orang suspek telah ditahan dan semua dikenakan hukuman mati.

Gambaran kejadian dari akhbar tempatan
Pada Kongres Antarabangsa Pekerja 1889, deligasi Amerika mencadangkan tarikh 1 Mei sebagai Hari Pekerja Antarabangsa sebagai memperingati kejadian rusuhan Haymarket Square, Chicago. Cadangan tu diterima sebulat suara. So skarang ni dah tau kan?? At least hari pekerja korang tahun ni ber’isi’ la kan..hehe. Jangan luoe share pada kawan2 lain..