Pages

Sunday, April 10, 2011

Korang tau tak Kereta Hybrid guna petrol 0.03 Liter/km = RM 0.06/km !!! jalan la sampai puas..

Kalau korang rasa nak bergaya sambil berjimat gile-gile dalam memlilh kereta, korang mesti baca entri aku yang first ni. ‘KERETA HYBRID’, ape tu? Maksudnya sebuah kereta yang mempunyai  lebih dari satu punca tenaga untuk menggerakkannya, iaitu enjin petrol konvensional dan motor elektrik.
Kalau di Malaysia, kereta hybrid yang paling bebaloi untuk di beli ialah Honda Insight. Kenapa Honda Insight?  Sebab harga dia cuma RM 98000 sahaja!!! Mesti korang hairan kan, kereta besar tapi harga kecik. Untuk pengetahuan korang yang belum tahu, dalam belanjawan baru-baru ni kerajaan Malaysia memberikan pengecualian 100% cukai import & cukai eksais untuk semua kenderaan hybrid.

Sekarang ni  kita cerita plak pasal penggunaan minyak Honda Insight yang korang mesti terkejut gile kalau tahu. Kadar penggunaan minyak untuk Honda Insight ni hanya 30Km/Liter petrol, bererti dengan hanya RM 1.90 kita boleh berjalan sehingga 30 kilometer. RM 0.06 sen per kilometer!!!!! Gile jimat..kalau korang jalan 500km, baru keluar RM 30.00 untuk duit minyak!!! Mane ade kereta petrol lain boleh buat macam ni kan. Semua ni sebab bantuan motor elektrik Intelligent Motor Assist (IMA) yang telah dihybridkan sekali dengan enjin petrol dalam kereta ni. Motor elektrik ni tak perlu cas at mane-mane sebab ia akan dicas secara automatic semasa kenderaan bergerak.







Sesifikasi Hond Insight ni cukup sempurna dari segi teknologi dan keselamatan menjadikan kereta ni jadi kereta Hybrid terbaik Jepun 2009. Untuk maklumat lanjut korang bleh check kat website>> Honda Malaysia <<

3 comments:

  1. kira murah juga ek.
    Tapi kalau tengah jalan habis minyak, kira ok. boleh bawa gelen pergi stesen.

    Kalau habis elektrik, ha!! mana mau cari charger elktrik kat tengah jalan telupid ranau? kehkehkeh.

    ReplyDelete
  2. Motor elektrik ni tak perlu cas at mane-mane sebab ia akan dicas secara automatic semasa kenderaan bergerak.
    So, tak perlu charger!!

    ReplyDelete