Tuesday, May 17, 2011
Ron 95 Bakal Naik Bulan Depan
Haa. Baru je aku nak buat entri pasal Ron 95 bakal naik, tup2 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi tau harga Ron 95 akan disemak bulan depan sama ada naik atau tidak. Tapi yang pasti Ron 95 memang tetap naik sebab belum pernah dalam sejarah kerajaan nak semak harga untuk turunkan harga petrol walaupun bila harga semasa minyak turun. Betul tak?
Kalu korang perasan dalam surat khabar semalam TPM, Tan Sri Muhyiddin Yasin bagitau jumlah subsidi tahun ni meningkat sekali ganda dari 10.30 billion kepada 20.58 bepunca dari kenaikan harga minyk dunia. Harga Ron 97 pun dah 5 kali naik berturut-turut sejak Disember 2010. So takkan la harga Ron 95 nak duduk kat paras tu je kan.Tepuk dada tanya la poket kita yang selalu kering tu, sampai bila nak macam ni?
Nampaknya mungkin segmen kereta elektrik dan hybrid bakal mendapat tempat dalam industri automotif dunia sebagai alternatif kepada petrol yang semakin habis dikikis dari perut bumi kita ini. Tu sebab dalam belanjawan baru2 ni kerajaan mansuhkan duti import untuk kereta hybrid, tujuanya supaya kita sedar sebelum terlambat.Aku sarankan siapa nak beli kereta tu fikir la baik-baik.Subsidi tu hanya bersifat sementara bukannya sampai bila-bila.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment