Pages

Monday, May 2, 2011

Ape kaitan 8 jam, 1 Mei & Hari Pekerja???




Flyer Haymarket Square
Sempena hari pekerja ni, aku nk share sikit info dengan korang, dari mana`datangnye masa berkerja 8 jam?. Lahir2 je kite tau kalu mase bekerja standard tu 8 jam. Siapa yang mintak masa bekerja 8 jam ni??. Sebenarnya 125 tahun lepas, masa berkerja x de limit. Masuk kerja awal pagi sampai lewat malam baru balik kerja. So perusahaan pada zaman tu langsung tak memikirkan kebajikan pekerja dieorg, tau buat untung je ( zaman sekarang pun lebih kurang gak!!).

Kisahnye bermula pada Oktober 1884 dimana Federal of Organized Trades and Labor Unions telah mengadakan satu konvensyen dengan menetapkan bermula pada 1 Mei 1886, masa berkerja standard adalah 8 jam. Demonstrasi dan perarakan bakal dijalankan ke seluruh Amerika demi menuntut masa berkerja 8 jam.

Pada 1 Mei 1886, dianggarken 40 000 ribu pekerja melakukan demonstrasi dengan berarak di Haymarket Square, Chicago sambil melauangkan slogan “Eight hours for work, eight hours for rest, eight hours for what we will” bertujuan mengurangkan masa berkerja kepada 8 jam sehari.

Namun pada 4 Mei 1886, demonstrasi bertukar kepada rusuhan apabila pihak berkuasa cuba meleraikan demonstarasi tersebut. Pada masa yang sama puak anarki melemparkan bom kepada pihak polis meyebabkan 8 orang polis dan 3 orang awam terbunuh, 50 yang lain turut tercedera dalam kekecohan rusuhan tersebut. Seramai 31 orang suspek telah ditahan dan semua dikenakan hukuman mati.

Gambaran kejadian dari akhbar tempatan
Pada Kongres Antarabangsa Pekerja 1889, deligasi Amerika mencadangkan tarikh 1 Mei sebagai Hari Pekerja Antarabangsa sebagai memperingati kejadian rusuhan Haymarket Square, Chicago. Cadangan tu diterima sebulat suara. So skarang ni dah tau kan?? At least hari pekerja korang tahun ni ber’isi’ la kan..hehe. Jangan luoe share pada kawan2 lain..

1 comment:

  1. oh mcm tu rupanya..tu la kuasa rusuhan..
    kadng kadang tu best jugak merusuh ni kan hahaha

    ReplyDelete