Pages

Wednesday, April 27, 2011

rahsia disebalik iphone dan ipad 3G







Ade sape-sape guna iphone or ipad 3G tak?? Ni ade satu cerita yang menarik dan agak misteri buat pengguna gajet apple. Korang tahu tak selama ni iphone dan ipad 3G telah merekod data lokasi mana korang berada senyam-senyap tanpa pengetahuan tuan punya gajet, lebih parah lagi data-data ni akan dipindah simpan dalam hidden file kat mane-mane PC time korang gah syok pindahkan gambar dari PC ke iphone/ipad3G atau masukkan lagu baru kat iphone/ipad3G, tu pun secara senyap-senyap gak!! Pelik kan, sepatutnya benda2 ni semua privasi.


Ntah kenapa Apple create benda ni secara senyap2, pastu tak pulak dieorg (Apple) umum kan perkara ni kepada pengetahuan awam. Nasib la ade 2 orang penyelidik (Alasdair Allan dan Pete Warden) ni dapat discover perkara ni, itupun secara tak sengaja semasa dieorg buat projek visualisasi data. Alasdair Allan ni sorang engineer komputer astronomi dan sorang lagi, Pete Warden bekas engineer software apple selama 5 tahun.Menurut penyelidik2 ni iphone yang menggunakan iOS4 sahaja yang merekodkan data lokasi pengguna. So dieorg ni create la satu free application , IPHONE TRACKER. Application ni membolehkan pengguna iphone menyemak maklumat lokasi yang telah direkodkan oleh iphone. Setakat ini belum ada lagi apa2 cara untuk mengelakkan iphone merekodkan lokasi pengguna secara senyap2.Hmm, so lepas ni korang kna fikir dulu la nak bawa ke tak iphone/ipad3G sebelum kemana-mana..hehe




Sunday, April 24, 2011

Transformers 3 movie trailer


Kepada semua peminat robot ( aku pun!!), filem transformers 3 : Dark of The Moon bakal ditayangkan di pawagam pada 7.1.2011 ni. Nampak cambest la dengan kehadiran penjahat baru dan awek baru, difahamkan awek lama Sam Witwicky, Megan Fox tak berlakon dalam filem robot terbaru ni. Nak tau siape heroin terbaru Transformers 3 ni, korang layan la offical movie trailer ka bawah nih..enjoy!!

Hmm tringat plak time tengok Transformers 2 dulu, dapat peluang tengok first day launch tapi duduk t depan sekali, habis sakit tengkuk..huhu










Tuesday, April 12, 2011

share 1 broadband untuk 2 PC









Salam semua, kali ni aku nak share sedikit info yang bagi aku sangat berguna untuk orang yang suka berjimat macam aku ni (sebenarnya sengkek..hehe). Cerita banyak-banyak pun tak guna, so aku tunjukkan cara-cara untuk share celcom broadband, untuk provider lain boleh jugak kot. Benda yang paling penting skali korang mesti ade kabel Lan. Kalau  tak de, pegi la beli kejap.
So kalau dah ade kabel Lan, korang ikut je step-step ni:-
1.        Buka setting properties Celcom 3G properties, click kat tab Sharing/Advance. Perlu diingatkan setting ni untuk computer utame je (computer yang korang cucuk Broadband tu). Then tanda right kat kotak macam dalam gambar ni & click OK. Jangan lupa pilih Local Area Connection kat Home Networking Connection.



2.       Pas tu log out broadband korang & log in semula supaya setting yang korang buat tadi menjadi.



3.       Ambik kabel Lan korang tadi, pasang kat computer utama dan computer lain yang korang nak share tu. Siap!!!
So lepas ni tak payah la nak beli broadband untuk tiap-tiap computer, buat student tu boleh la korang mintak kawan bayarkan separuh lagi bil broadband tiap bulan kan??

Sunday, April 10, 2011

Korang tau tak Kereta Hybrid guna petrol 0.03 Liter/km = RM 0.06/km !!! jalan la sampai puas..

Kalau korang rasa nak bergaya sambil berjimat gile-gile dalam memlilh kereta, korang mesti baca entri aku yang first ni. ‘KERETA HYBRID’, ape tu? Maksudnya sebuah kereta yang mempunyai  lebih dari satu punca tenaga untuk menggerakkannya, iaitu enjin petrol konvensional dan motor elektrik.
Kalau di Malaysia, kereta hybrid yang paling bebaloi untuk di beli ialah Honda Insight. Kenapa Honda Insight?  Sebab harga dia cuma RM 98000 sahaja!!! Mesti korang hairan kan, kereta besar tapi harga kecik. Untuk pengetahuan korang yang belum tahu, dalam belanjawan baru-baru ni kerajaan Malaysia memberikan pengecualian 100% cukai import & cukai eksais untuk semua kenderaan hybrid.

Sekarang ni  kita cerita plak pasal penggunaan minyak Honda Insight yang korang mesti terkejut gile kalau tahu. Kadar penggunaan minyak untuk Honda Insight ni hanya 30Km/Liter petrol, bererti dengan hanya RM 1.90 kita boleh berjalan sehingga 30 kilometer. RM 0.06 sen per kilometer!!!!! Gile jimat..kalau korang jalan 500km, baru keluar RM 30.00 untuk duit minyak!!! Mane ade kereta petrol lain boleh buat macam ni kan. Semua ni sebab bantuan motor elektrik Intelligent Motor Assist (IMA) yang telah dihybridkan sekali dengan enjin petrol dalam kereta ni. Motor elektrik ni tak perlu cas at mane-mane sebab ia akan dicas secara automatic semasa kenderaan bergerak.







Sesifikasi Hond Insight ni cukup sempurna dari segi teknologi dan keselamatan menjadikan kereta ni jadi kereta Hybrid terbaik Jepun 2009. Untuk maklumat lanjut korang bleh check kat website>> Honda Malaysia <<

Saturday, April 9, 2011

Alhamdulillah...

Syukur kehadrat Ilahi akhirnya aku diberikan peluang dan ruang masa untuk melahirkan blog yang telah lama aku idam-idamkan ni. Harapan aku semoga blog ni dpat memberi manafaat kepada seluruh umat manusia di mukan bumi ini.SEMUA YANG MENARIK HANYA DISINI!!